Kursus Jangka Pendek Photophone (Fotografi) menggunakan InShot dan Capcut

18 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Februari 2024 , telah berlangsung Kursus Jangka Pendek Photophone (Fotografi) menggunakan InShot dan Capcut. Program ini berlangsung di Pusat Ekonomi Digital Tambun Tulang bermula pada 9.00 pagi hingga 5.00 Petang. Program ini bertujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar tentang teknik mengambil gambar dan video yang menarik bagi memudahkan untuk mempromosikan perniagaan masing masing. Pendedahan dalam cara mencipta logo dan poster juga diberikan. Kursus ini melibatkan kerjasama antara PEDi Tambun Tulang

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali